Tuesday, December 10, 2013

TENTERA MERAH

[TENTERA MERAH]


Tentera merah itu tiba, 

Tanpa liputan wartawan dan lensa media, 
Tidak perlu menunggu Utusan Meloya dan tibitiga,
Untuk beramal, berbakti dan berjasa,
Tanpa mengira agama, bangsa dan usia. 

Tentera merah itu memulakan tugasan, 
Beramal kerana Allah menjadi pegangan, 
Tanpa mengharap pujian atau habuan, 
Akhirat jua menjadi wawasan.

Tentera merah itu pulang,
Selepas berhempas pulas membanting tulang, 
Berkorban tenaga, masa dan wang, 
Itulah sunnah orang berjuang.

Tentera merah akan kembali lagi, 
Sebaik sahaja semboyan berbunyi,
Kembali untuk menabur budi,
Begitulah AMAL silih berganti.

Puisi dari Afyan Mat Rawi.
(Menyertai Misi Kemanusiaan Banjir Pantai Timur bersama AMAL "tentera merah" Gombak dan Syabab Care) 

Amal Negeri Sembilan menghulurkan bantuan. Moga setiap sumbangan yang diberikan mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.



No comments:

Post a Comment