Thursday, January 9, 2014

PELANCARAN KELAB BERMOTOR ARC NEGERI SEMBILAN

PERHATIAN SEMUA GENG MOTOR !

Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan

Tarikh : 11 Januari 2013 (sabtu)
Masa : 3.00 petang

3.00 petang - RV 1 Di Petronas Hadapan Terminal 1 Seremban.

5.00 petang - RV2 Pelancaran Di Dataran Nilai

6.45 petang - RV3 Masjid Lama Jijan, Solat maghrib & bacaan mathurat.

Hubungi Sdra Anuar: 0196226236

"Anak Muda Bersyariat dan Beradat" 



Thursday, January 2, 2014

Anak Muda Berselawat


'Anak Muda Berselawat' 

Tarikh : 15 Januari 2014 
Masa : 7 mlm 
Tempat : Dataran Kg Tok Dagang(Jln Seremban - K.pilah) 
Aturcara : 
- Bacaan khatam 30 juz Al-quran bersama 30 Huffaz,
- Tahlil Perdana
- Madih dan Selawat
- Ceramah oleh
Imam Muda Fattah
Ustaz Nor azman Mohamad
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Untuk sumbangan khatam dan tahlil hubungi : Saiful 0129718829 Saf 0196720233

Tuesday, December 10, 2013

TENTERA MERAH

[TENTERA MERAH]


Tentera merah itu tiba, 

Tanpa liputan wartawan dan lensa media, 
Tidak perlu menunggu Utusan Meloya dan tibitiga,
Untuk beramal, berbakti dan berjasa,
Tanpa mengira agama, bangsa dan usia. 

Tentera merah itu memulakan tugasan, 
Beramal kerana Allah menjadi pegangan, 
Tanpa mengharap pujian atau habuan, 
Akhirat jua menjadi wawasan.

Tentera merah itu pulang,
Selepas berhempas pulas membanting tulang, 
Berkorban tenaga, masa dan wang, 
Itulah sunnah orang berjuang.

Tentera merah akan kembali lagi, 
Sebaik sahaja semboyan berbunyi,
Kembali untuk menabur budi,
Begitulah AMAL silih berganti.

Puisi dari Afyan Mat Rawi.
(Menyertai Misi Kemanusiaan Banjir Pantai Timur bersama AMAL "tentera merah" Gombak dan Syabab Care) 

Amal Negeri Sembilan menghulurkan bantuan. Moga setiap sumbangan yang diberikan mendekatkan kita kepada Allah S.W.T.



Thursday, December 5, 2013

SUMBANGAN BANJIR

[SUMBANGAN BANJIR]

Teman - teman yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk mangsa - mangsa banjir boleh bank in dalam akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau. Wang tersebut akan digunakan untuk manfaat mangsa banjir. Moga setiap bantuan yang kita berikan mendekatkan kita kepada Allah swt serta mendapat keredhaanNya. Sama - sama kita mendoakan kebaikan untuk semua. InsyaAllah.

Bagi yang telah menyumbang boleh maklumkan pada:

Sdr Hakki Bawadi : 013 - 3840022
Sdr Iqbal : 019 - 9361632

No akaun: 05012010065457 (Bank Islam)

Bantuan anda amat kami hargai